Seperti yang ramai sedia maklum, Mr. DIY sebelum ini telahpun menampilkan beberapa konsep cawangan yang berbeza iaitu Mr. DIY Express, Mr. Dollar dan Mr. Toy. Ketiga-tiganya memfokuskan kepada sasaran pengguna yang berbagai di samping memenuhi permintaan pembelian yang disesuaikan dengan minat dan keperluan pengguna.
Terbaru, berdasarkan perkongsian di akaun Facebook Mr. DIY, syarikat barangan dan keperluan rumah ini dilihat bakal hadir dengan konsep cawangan yang baharu menerusi pengenalan Mr. DIY Plus.
Berbeza dengan cawangan yang biasa, Mr. DIY Plus memperlihatkan keluasan kedai yang lebih besar berbanding yang sebelumnya selain menawarkan pilihan produk yang lebih variasi. Ia merangkumi produk dalam kategori penjagaan rumah, diri, tempat kerja, automotif dan mainan.
Tidak hanya itu, di dalam Mr. DIY ruang pameran yang variasi bagi memudahkan pemilihan barangan. Dengan kehadiran ruang ini, para pengunjung boleh melihat pilihan produk yang ditawarkan sebelum sambung melakukan pembelian.
Buat masa ini, cawangan pertama untuk Mr. DIY Plus ini akan dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur terlebih dahulu dan dijangka akan diperluaskan ke kebanyakan lokasi lagi dalam masa yang terdekat.