Memberikan nama kepada haiwan perliharaan adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan oleh pemilik mereka. Hal ini kerana, nama adalah panggilan yang digunakan secara meluas bagi membantu dua pihak mengenalpasti identiti diri. Sama seperti manusia, kucing juga mengenali nama mereka.

Namun, tahukah anda bahawa selain mengetahui nama sendiri, kucing juga turut mengenali nama kucing lain yang berada di dalam rumah yang sama?

Baru-baru ini, satu eksperimen telah dijalankan oleh kumpulan penyelidikan dari Universiti Kyoto. Di dalam kajian tersebut, mereka telah mempelajari dan menyelami jiwa kucing. Hasil daripada eksperimen tersebut, penyelidik mendapati bahawa rumah yang mempunyai tiga atau lebih kucing yang tinggal, mereka cenderung mengenali nama antara satu sama lain.

Kajian yang serupa telah dijalankan dengan wajah dan nama manusia, tetapi hasil dapatan menyatakan kucing tidak begitu mengenali dan peratus kejayaan adalah lebih rendah. Sewaktu kajian dilakukan, subjek ujian tidak mengakui manusia yang tidak sepadan dengan jelas seperti yang mereka alami dengan kucing lain.

Bagaimana dengan kucing anda? Dapatkah mereka membezakan nama panggilan untuk mereka dengan nama kucing yang lain?

Sumber: NHK