Pada pertengahan Februari 2022 yang lepas, negara Malaysia telah mengalami masalah gangguan bekalan ayam yang mana isu ini telah memberi kesan yang buruk kepada beberapa kedai jualan ayam termasuk KFC.

Hasil daripadanya, terdapat beberapa cawangan di Selangor dilihat hanya menyajikan dan menawarkan menu seperti nugget ayam, wedges dan beberapa menu sampingan sahaja.

Oleh itu, bagi menjamin keselesaan dan paras puas hati pelanggan, KFC telah memperkenalkan polisi “Rasa Kualiti Terjamin”. Menerusi pengenalan ini, jenama rangkaian makanan segera ini hadir dengan kempen tukar ayam yang membolehkan pelanggan untuk menukar mana-mana bahagian ayam goreng yang diterima, namun tidak menepati kualiti seperti yang dijanjikan.

Bagaimana Cara Tukar Ayam Goreng Yang Diterima?

Untuk mula menukar bahagian ayam tersebut, berikut adalah 3 langkah mudah yang perlu anda ikuti:

  1. Pelanggan perlu imbas kod QR yang disediakan di kaunter restoran yang dikunjungi. Kempen tukar ini tidak tertakluk pada pembelian menerusi aplikasi pesanan pihak ketiga.
  2. Kemudian, isi borang penukaran.
  3. Setelah berjaya, ia akan menunjukkan paparan ‘thank you’ pada skrin dan anda boleh mula mengambil pesanan yang baharu.

Sumber: BHarian