Carian
Tahukah Anda Belang Untuk Setiap Harimau Adalah Berbeza – Sama Seperti Cap Jari Manusia?
May 23, 2022 Lina Rosli

Pernahkah anda tertanya-tanya bahawa wujudkan dua harimau atau lebih, mempunyai corak belang yang sama? Jika anda perfikiran seperti itu, tahukah anda bahawa sama seperti cap jari manusia, jalur atau corak belang harimau sebenarnya berbeza bagi setiap habitat di hutan.

Jalur menegak yang terdiri daripada warna coklat hingga hitam ini sebenarnya dikenali sebagai pewarnaan mengganggu. Mereka membantu harimau menyamar di dalam kawasan rumput yang tinggi dan belang tersebut disinonimkan dengan warna seakan dahan pokok.

Selain daripada penyamaran, belang harimau juga digunakan untuk mengenalpasti sesuatu kumpulan harimau. Sebagai contoh, antara harimau dengan belang yang cukup jelas dikenali sebagai Harimau Belang. Ia merupakan kumpulan harimau yang terbesar di dunia dan hanya ditemui di Asia sahaja.

Bukan sekadar Harimau Belang, Harimau Putih juga mempunyai belang. Satu-satunya perbezaan antara Harimau Putih dan Harimau Belang biasa ialah Harimau Putih mempunyai masalah kurang pigmentasi yang menjadikan mereka kelihatan putih dan bukannya oren.

Untuk pengetahuan anda juga, ada beberapa keadaan genetik yang memberikan kesan kepada jalur Harimau Putih yang mana ia hampir tidak kelihatan. Ini menjadikan mereka kelihatan seperti harimau tanpa belang.

Di dalam kumpulan Harimau Belang, terdapat sub-kumpulan kecil yang dinamakan sebagai Harimau Malaya yang mana purata saiznya adalah sekitar 2.4m pajang dan seberat 120kg. Namun, populasinya dilihat telah menurun sehingga 95% dan sekaligus menjadikan mereka salah satu kumpulan harimau yang terancam di Asia.

Harimau Belang boleh ditemui di pelbagai jenis habitat seperti padang rumput, hutan conifer, hutan tropika, paya bakau dan paya gambut. Mereka akan duduk di kawasan ini selagi ia mempunyai bekalan sumber makanan dan air yang mencukupi.

Menurut penyelidik yang mengkaji tentang alam liar, dengan kehadiran belang harimau unik dan berbeza bagi setiap ekor yang ada di hutan, ia secara tidak langsung dapat membantu mereka melakukan kajian dengan lebih mudah.

Sebagai contoh, mereka hanya perlu menggunakan kamera jarak jauh untuk mengambil gambar haiwan tersebut apabila mereka berjalan. Dan dengan menggunakan kaedah ini, pakar harimau menganggarkan bahawa hanya kira-kira 3,400 ekor harimau liar berada di keseluruhan tanah Asia.

Sumber: The Conversation

Komen