Bagi individu yang menggunakan perkhidmatan Monorel KL untuk bergerak pergi dan balik dari tempat kerja, anda dinasihatkan untuk mula merancang perjalanan harian anda. Ia bertujuan untuk memastikan waktu menunggu di platform adalah lebih singkat selain dapat mengelakkan kapasiti yang padat ketika di dalam tren.

Hal ini kerana, bermula 23 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2022, kerja-kerja pembaikan dan menaik-taraf pintu skin akan dilakukan. Kesan daripadanya, terdapat perubahan yang berlaku kepada kekerapan perkhidmatan iaitu 8 minit waktu tren tiba berbanding 4 minit pada masa sebelum ini.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan kesan daripada perubahan masa ini, anda disarankan untuk mencuba alternatif lain termasuklah menggunakan bas pengantara untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dan juga