Diilhamkan dari evolusi cara baharu bekerja di sekitar era pandemik ini, Nespresso Professional telah mengumumkan pelancaran mesin kopi terbaru yang dikenali sebagai NESPRESSO Momento Coffee.
Untuk pengetahuan anda, NESPRESSO Momento Coffee hadir dengan ciri nirsentuh (touchless) yang mana anda boleh mengawal pembuatan kopi dari jauh dengan menetapkan teknik pembancuhan secara automatik untuk menikmati kopi harian anda.
Kawalan ini dapat dilakukan menggunakan teknologi canggih yang dikenali sebagai sistem NESPRESSO Momento. Melalui sistem ini juga, individu akan disyorkan jenis cawan yang optimum selain mendapatkan maklumat tentang nota kopi aromatik bagi setiap kapsul kopi.
Menurut Nespresso, mesin kopi ini direka untuk membawakan kepada individu pengalaman menikmati kopi yang tulen, mampan dan berkualiti tinggi terutamanya ketika berada di rumah atau pejabat. Mengiringi NESPRESSO Momento Coffee ialah Peru Organik yang merupakan biji kopi organik pertama yang diperakui dalam rangkaian kopi Professional Origins.
Bagi yang tidak mengetahui, Peru Organic mempunyai profil kopi keasidan buah yang diseimbangkan dengan aroma bijirin yang berbeza. Campuran boleh disediakan dengan susu dan paling disyorkan adalah dinikmati sebagai latte macchiato untuk pengalaman kopi yang berkualiti.
Untuk mendapatkan NESPRESSO Momento Coffee, ia ditawarkan pada harga RM 6480 seunit. Sekiranya anda pelanggan baru, anda boleh mendapatkan Welcome Package pada harga RM 6099 yang merangkumi 1 unit Aeroccino, 5 kotak kopi terpilih dan 1 unit kotak kapsul.
Sementara itu, ia juga tersedia untuk pilihan Rental yang mana anda boleh membeli 450 kapsul kopi sebulan, yang bermula dari RM2.10 setiap kapsul. Pelanggan juga boleh membeli kopi Peru Organik pada harga RM2.35 setiap kapsul, atau RM117.50 sekotak 50 kapsul.