Pengukuran Khalayak Radio atau Radio Audience Measurement telah dijalankan oleh GfK pada separuh pertama 2022, dengan kerjasama Radio Komersial Malaysia (CRM). Menerusi penyelidikan tersebut, ia mendedahkan terdapat 21,273,000 pendengar radio setiap minggu dan masing-masing menghabiskan purata 13 jam dan 36 minit memainkan radio.

Untuk pengetahuan anda, setelah sekatan pergerakan akibat COVID-19 yang telah ditarik balik di seluruh negara, ia sedikit sebanyak telah memacu penggunaan radio ke tahap yang lebih tinggi. Keputusan daripada kajian itu mendedahkan peningkatan dalam mendengar radio di semua lokasi.

Berdasarkan data yang diperoleh:

  • Sebanyak 2,274,000 individu memutarkan radio sewaktu berada di tempat kerja
  • 15,424,000 pendengar pula terus menonton radio di rumah setiap minggu.

Bukan itu sahaja, kajian GfK juga menunjukkan slot masa sarapan pagi iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi mencatatkan jumlah pendengar tertinggi iaitu 15,315,000.

Sementara, untuk segmen pemanduan pada hari snin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam dan segmen pagi untuk Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pula mengekori rapat di belakang hampir 14,960,000 dan 13,264,000 pendengar masing-masing.

Tidak ketinggalan, pada waktu malam, ia dilihat mula mencatatkan pertumbuhan tertinggi untuk kuantiti pendengar iaitu sebanyak 8,458,000 pendengar. Dengan ini, ia telah menyumbang kepada peningkatan sebanyak 36 peratus berbanding hasil daripada gelombang sebelumnya.

Mengapa Radio Mula Popular Selepas Pandemik?

Salah satu sebab utama yang mendorong populariti radio ialah daya tarikannya sebagai medium penting yang mengekalkan hubungan masyarakat.

Lebih separuh daripada pendengar radio iaitu kira-kira 53% menyatakan bahawa selain muzik, stesen radio kegemaran mereka memberi mereka sokongan gaya hidup dan syarikat yang membuatkan mereka berasa lebih baik.

Di samping itu, lebih daripada 1 dalam 5 milenium (25-39 tahun) berkata bahawa stesen radio kegemaran mereka memberi mereka maklumat dan temu bual eksklusif yang tidak dapat mereka perolehi di tempat lain.

Walau dengan kehadiran penyelesaian digital yang semakin meningkat semasa pandemik, radio kekal sebagai medium yang paling dinamik dan menarik selain terus menawarkan cara interaksi baharu kepada penggunanya. Malah, set radio FM juga kekal sebagai cara paling popular untuk mengakses radio dengan 19,447,000 pendengar mingguan.

Tambahan kepada kajian yang sama, pada masa kini juga, ramai dalam kalangan individu yang mula mengakses radio melalui televisyen dan telefon bimbit, yang mencatatkan pertumbuhan dalam saiz penonton masing-masing kepada 5,041,000 dan 3,794,000 pendengar mingguan.