Selepas Adidas memperkenalkan koleksi mereka bersama Gucci, nampaknya kini tiba giliran Nike pula memperkenalkan variasi produk baharu yang menggabungkan pakaian sukan dan jenama mewah di bawah satu koleksi.

Sebelum ini, medan pertempuran untuk jenama sukan adalah melibatkan dengan tawaran penajaan bintang sukan, tetapi menurut Julie Pont, pengarah kreatif agensi cerapan fesyen Perancis, Heuritech, adalah sukar bagi jenama untuk memastikan eksklusiviti pemain.

Oleh itu, kebanyakan jenama sukan kini mula hadir dengan sesuatu yang lebih baharu dan asli iaitu menggabungkan dua identiti yang sangat berbeza bagi mencipta satu identiti baharu. Melalui kolaborasi ini juga, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kebolehfesyen jenama sukan, tetapi juga memudahkan pintu masuk ke dalam fesyen untuk pelanggan yang lebih muda.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai konsep yang ingin ditampilkan Nike untuk koleksi baharu bersama Jacquemus and Gucci. Jadi, mari kita sama-sama saksikan penampilan baharu yang bakal diperkenalkan seawal bulan hadapan.

Sumber: The Guardian