Carian
Kajian Menyatakan Sumber Vitamin D Kini Boleh Diperoleh Daripada Buah Tomato
May 26, 2022 Lina Rosli

Seperti yang ramai sedia maklum, ikan dan produk tenusu merupakan sumber pemakanan vitamin D yang utama.

Apa itu vitamin D? Untuk pengetahuan anda, vitamin D merupakan sejenis vitamin yang yang larut dalam lemak yang mana ia terdapat dalam dua bentuk vitamin yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3).

Vitamin D2 merupakan hasil daripada tumbuhan dan kulat sementara vitamin D3 pula dihasilkan oleh manusia sendiri lebih-lebih lagi apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. 

Bukan itu sahaja, vitamin D juga berperanan penting dalam mengatur metabolisma seperti kalsium dan fosfat dan meningkatkan penyerapannya ke dalam usus. Malah, ia turut menyokong mineralisasi tulang dan mempengaruhi pelbagai hormon selain menjadi benteng pertahanan daripada jangkitan.

Kini, satu pasukan penyelidik telah menghasilkan sumber vitamin D baharu yang berpotensi untuk dikonsum oleh semua individu iaitu buah tomato.

Di dalam penyelidikan tersebut, para saintis telah menemui sebatian yang boleh menghasilkan vitamin D yang mana ia dikenali sebagai 7-DHC atau provitamin D3. Sebatian ini dikatakan diperoleh menerusi daun buah tomato ataupun buah hijau yang belum masak.

Jadinya, untuk mendapatkan nutrien yang diingini, saintis telah menyekat gen yang boleh menukar provitamin D3 menjadi kolestrol dan kemudian menggabungkannya dengan cahaya UVB. Setelah ditukar kepada vitamin D3, sebanyak 28g vitamin D3 telah ditemui di dalam satu biji buah tomato. Jumlah ini dikatakan bersamaan dengan dua telur tuna bersaiz sederhana.

Tambah saintis lagi, buah tomato yang telah diubahsuai genetiknya dilihat tidak mempunyai perbezaan fizikal jelas selain tidak menampilkan rasa yang berlainan dengan buah tomato biasa.

Untuk pengetahuan anda, penyelidikan ini pada awalnya bertujuan untuk membantu golongan vegan mendapatkan sumber Vitamin D yang mencukupi. Tetapi penemuan ini dilihat secara tidak langsung turut dalam menangani masalah kekurangan vitamin D yang telah menjejaskan 1 bilion orang di seluruh dunia.

Selain itu, penemuan menarik ini bukan sahaja meningkatkan kesihatan manusia tetapi menyumbang kepada faedah alam sekitar yang dikaitkan dengan lebih banyak diet berasaskan tumbuhan.

Sumber: CNN

Komen