Pada minggu lepas, telah tular satu virus yang kini menjadi buah mulut ramai yang mana setakat ini mula dijumpai di beberapa negara di Eropah, Amerika dan juga Australia.
Virus yang dimaksudkan adalah cacar monyet atau monkeypox. Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses. Penyakit cacar monyet ini boleh tersebar kepada manusia melalui beberapa kaedah iaitu:
- Melalui haiwan sama ada gigitan atau sentuhan dengan darah dan cecair binatang
- Melalui sentuhan bersama individu yang mempunyai penyakit cacar monyet
Menurut KKM, setakat ini masih tiada sebarang laporan mengenai kehadiran virus cacar monyet ini di Malaysia. Walau bagaimanapun, langkah persediaan telahpun dirancang bagi mengekang penularan dan mencegah daripada ia merebak secara meluas.
Antara pelan strategik yang telah disediakan KKM termasuklah:
- Pengeluaran dan pengedaran akan garis panduan kepada semua cawangan kesihatan di seluruh negara. Di dalam garis panduan tersebut, semua ahli didedahkan dengan:
- tatacara pengesanan dan notifikasi kes
- pengambilan sampel bagi ujian makmal
- siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat
- langkah-langkah pencegahan
- kawalan serta pemantauan di Pintu Mask Antarabangsa (PMA) Negara.
- Bukan itu sahaja, setiap hospital juga telah berada dalam keadaan siap sedia menerima kes yang disyaki monkeypox untuk isolasi dalam tempo kebolehjangkitan dan rawatan sekiranya perlu.
- Bagi memperkukuhkan survelan kejadian cacar monyet dalam kalangan haiwan, termasuk haiwan import dari luar negara. KKM mengadakan sesi libat urus bersama:
- Jabatan Perkhidmatan Veterinar
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Akhir sekali, semua individu juga dinasihatkan untuk mengehadkan pergerakan ke negara yang mempunyai kes-kes berkaitan cacar monyet selain turut melaporkan kes sekiranya anda mendapati terdapat simptom atau gejala jangkitan pada diri dalam tempoh 21 hari.