Carian
Ketam Viral Hadir Dengan 10 Hidangan Ketam Istimewa – Ketam Kari 21 Hari, Ketam Juseyo, Ketam Di Raja
May 30, 2022 Lina Rosli

Ketam Viral merupakan sebuah restoran yang mengkhususkan penawaran hidangan ketam yang dimasak aneka jenis cara selari dengan permintaan rakyat Malaysia.

Setakat ini, Ketam Viral telahpun hadir dengan 10 hidangan ketam istimewanya yang merangkumi pilihan yang meliputi seluruh pelusuk negara seperti Ketam Iban, Ketam Di Raja, Ketam Lurpak Buttermilk, Cili Ketam, Ketam Berlado, Ketam Kam Heong, Ketam Kari 21 Hari dan Ketam Juseyo yang mana ia dikatakan hadir dengan rasa yang dipengaruhi citarasa Korea.

Selain itu, anda juga boleh mencuba Ketam Manickam dan Ketam Portugis yang masing-masing menawarkan ciri yang unik dan sukar untuk diperoleh di restoran lain.

Tidak lupa juga, Ketam Viral turut menawarkan beberapa jenis hidangan lain iaitu Laksa Siakap dan Tauhu Bunga Chef serta Nasi Lemak Alai yang dibalut secara berasingan dalam daun pisang. Menurut mereka, hidangan ini merupakan iringan yang sangat sesuai untuk dijamah bersama dengan hidangan istimewa mereka.

Sekiranya anda ingin mencuba Ketam Viral hari ini, anda boleh kunjungi ke Sunway Gandaria di Seksyen 9 Bangi. Di sana, Ketam Viral menawarkan tempat tempah yang luas dan menarik yang direka untuk menyatukan orang ramai sama ada untuk perhimpunan besar atau lain-lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Ketam Viral dan lakukan tempahan secara atas-talian di https://letsumai.com/widget/Ketam_Viral.

Komen