Sebuah pasu porselin Cina yang jarang ditemui telah dijual pada harga hampir £1.5 juta (RM8.28 Juta) pada lelongan. Ia merupakan artifak yang dikatakan wujud sejak abad ke-18 yang mana pada tubuh pasu tersebut menampilkan tanda meterai enam aksara yang dahulunya digunakan sewaktu era Qianlong sekitar tahun 1736 hingga 1795.

Dibuat oleh maharaja pada ketika itu sendiri, ia merupakan sebuah pasu yang cukup bernilai sama seperti nama Cina untuk pasu tersebut iaitu tianqiuping, yang membawa maksud pasu dunia syurga.

Dari segi rekaan pasu pula, ia menampilkan ukuran mencecah dua kaki tinggi selain turut menampilkan corak yang berwarna biru, emas dan perak.

Menurut laporan dari Dreweatts, penjual pasu berkenaan mengatakan bahawa beliau mewarisi pasu itu daripada bapanya yang merupakan seorang pakar bedah dan telah membelinya pada tahun 1980-an dengan harga beberapa ratus paun.

Tambah beliau lagi, pasu tersebut sekadar diletakkan sebagai hiasan di dapur tanpa disedari bahawa ia merupakan sebuah artifak yang bernilai sebelum berjaya dikesan oleh Newstead bersama pasangannya yang pada ketika itu dijemput makan tengah hari di rumah rakannya pada akhir 1990-an. Pasu itu berada di dalam alcove yang terletak di belakang meja dapur.

Selain daripada pasu Cina ini, terdapat beberapa lagi artifak yang turut tidak diketahui akan nilainya pada awal pembelian. Namun, selepas diterokai dan dikesan oleh para pakar, harga lelongan semula dilihat telah dinaikkan sehingga 10 kali ganda.

Antara artifak yang disebutkan termasuklah mangkuk Cina biru-putih abad ke-15 telah dibeli di laman jualan barangan pada Mac 2021. Harga asalnya adalah $35 dan kemudian dijual semula pada harga $721,800 pada lelongan. Tidak lama selepas itu, sebuah pinggan Itali abad ke-16 yang ditemui dalam laci pula dijual pada harga lelongan yang mencecah lebih daripada $1.7 juta.

Sumber: CNN