Bagi sesetengah individu, mengamalkan gaya hidup lestari mungkin boleh menjadi satu perkara yang mencabar, apatah lagi jika mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula.
Oleh itu, langkah yang paling mudah untuk mula beralih ke fasa yang lebih baik adalah dengan membuat perubahan yang kecil namun berimpak besar bermula di rumah sebelum dikembangkan ke mana-mana perkara lain.
Jika anda lihat juga, pada masa kini, terdapat banyak jenama dan syarikat yang mula aktif dan juga telah hadir dengan perancangan dalam menerapkan kelestarian di dalam produk mereka. Tidak terhad dalm industri peruncitan sahaja, inisiatif ini turut mendapat perhatian daripada industri lain juga seperti fesyen, pembekal mikro dan juga pengeluar kelengkapan rumah termasuk IKEA.

Menurut IKEA, peralihan ke arah kelestarian ini bukan sahaja diperluaskan untuk mewujudkan persekitaran positif, tetapi juga menyuntik inspirasi untuk menerapkan tabiat yang lestari ke dalam kehidupan harian pengguna mereka.
Untuk pengetahuan anda juga, IKEA telahpun melancarkan beberapa inisiatif termasuklah:
- Pemilihan bahan daripada sumber lestari dan boleh diperbaharui atau dikitar semula. Sebagai contoh, penggunaan kapas dalam produk IKEA telah diperoleh dari sumber lestari selain turut meningkatkan penggunaan gentian semula jadi termasuk rotan, gabus dan buluh.
- Pengenalan Program Pemerhati Sisa Buangan IKEA. Menerusinya, ia akan mengukur dan melaporkan 100% sisa makanan IKEA dengan tujuan mengurangkan 50% daripada sisa daripada restoran atau kafe mereka.
- Menggantikan pakaian seragam kakitangan IKEA dengan versi yang diperbuat daripada tekstil lestari bagi menyemarakkan lagi komitmen IKEA terhadap pengurangan jejak iklim.
3 Petua Dari IKEA Kepada Pengguna Mereka Untuk Mula Mengamalkan Gaya Hidup Lestari Di Rumah
Berikut adalah amalan-amalan yang boleh anda praktikkan bermula hari ini:
Menjimatkan tenaga
Amalkan penggunaan tenaga secara berhemat di rumah anda dengan cara beralih kepada mentol LED yang menjimatkan tenaga, kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan sehingga tenaga sebanyak 85%, tetapi juga bertahan 10 kali lebih lama berbanding mentol pijar.
Ceriakan ruang anda dengan rantaian pencahayaan LED SVARTRÅ dengan 12 lampu (RM149).

Fikir Dahulu Sebelum Buang
Tingkatkan kreativiti anda dengan mula memberikan nafas baharu kepada hiasan lama bagi menceriakan rumah anda.
Selain itu, pilih produk yang diperbuat daripada bahan yang lestari dan mesra alam seperti buluh, gentian semula jadi atau berasaskan kayu yang boleh diperbaharui.
Di IKEA, anda boleh mendapatkan inspirasi dan idea untuk menceriakan rumah anda dengan barangan hiasan di laman Product Guides.
Lengkapkan meja anda dengan Mangkuk Hidangan BLANDA MATT (RM24.90 – RM79) yang didatangkan dalam tiga saiz sesuai untuk semua majlis dan acara. Terdapat juga Kerusi NILSOVE dengan pelapik kerusi (RM395).

Makan secara berhemat
Akhir sekali, anda juga disarankan untuk mula mengawal tabiat pemakanan dengan beralih kepada makanan yang lebih sihat. Selain itu, elakkan sikap yang suka membazir dan berlebih-lebihan kerana ia boleh mengakibatkan pembaziran makanan.
Lebih-lebih lagi semasa membuat persiapan menyambut tetamu, pastikan anda membahagikan jumlah makanan yang mencukupi dan sediakan bekas kaca yang boleh diguna semula untuk menyimpan baki makanan anda.

Gunakan bekas makanan IKEA 365+ berharga antara RM11.90 hingga RM42.90 untuk mengukus atau memanaskan semula hidangan kegemaran anda secara mudah. Kekalkan dapur yang kemas dengan beg boleh kedap semula ISTAD (RM7.90 – RM16.90).
Pendek kata, kehidupan lestari bermula daripada naluri diri, daripada setiap tindakan kecil. Oleh itu, mulakanlah perjalanan kelestarian anda di IKEA demi hari esok yang lebih baik.