Carian
OREO Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-110 Tahun – Hadir Dengan Perisa Edisi Terhad
June 1, 2022 Lina Rosli

Biskut kegemaran di serata dunia, OREO bakal memasuki usia 110 tahun pada tahun ini. Bersempena dengan ulang tahun kelahiran mereka yang ke-110 ini, OREO ingin melaksanakan parti hari jadi dengan memperkenalkan rasa edisi khas, OREO Birthday Sprinkles. 

Menurut OREO, biskut ini menampilkan krim vanila beserta sprinkles iaitu taburan warna-warni yang boleh didapati di seluruh negara dalam tempoh terhad iaitu bermula dari Jun hingga Julai 2022.

Selain daripada tawaran perisa baharu ini juga, OREO turut melancarkan penuras realiti terimbuh (Filter AR) yang membolehkan orang ramai untuk bersama-sama meraikan ulang tahun OREO dengan meniup 110 lilin.

Untuk pengetahuan anda, biskut ulang tahun kelahiran OREO edisi terhad adalah penawaran kali pertama yang memaparkan sprinkles pelangi dan krim berperisa vanila di tengah-tengah dua kepingan biskut coklat.

Sekiranya berminat, biskut berkenaan boleh didapati di seluruh negara mulai hari ini di semua rangkaian pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara. Anda juga boleh mendapatkannya di Shopee atau Lazada.

Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan berkas atas-talian istimewa OREO, sementara stok masih ada.

Cuba penuras terbaru dari OREO untuk Instagram di sini: https://oreobirthday.oreo.my

Komen