Nestle Malaysia kini dilihat sedang aktif dalam menangani isu sisa plastik dengan memperluaskan lagi penggunaan pembungkusan mesra alam.

Untuk pengetahuan anda, selari dengan misi ini, Nestle Malaysia mula menggunakan plastik resin kitar semula (rPET) berkualiti tinggi sebagai pek pembungkusan untuk produk Sedia Minum (RTD).

Dengan beralih kepada botol 100% rPET dan lebih banyak penyelesaian pembungkusan berasaskan kertas, Nestle dapat mengurangkan penggunaan plastik yang sukar untuk dihapuskan serta mampu mengurangkan jejak karbon menjelang 2025.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan rPET secara drastik, mereka menyasarkan dapat mengawal penggunaan tenaga untuk mengekstrak dan mencipta bahan plastik mentah baharu sehingga 75%. Oleh itu, orang ramai semua digalakkan untuk meningkatkan penggunaan semula produk selain memastikan tabiat kitar semula mula tumbuh dalam norma budaya masyarakat.

Untuk pengetahuan anda, Nestle dengan kerjasama pusat pengumpulan kitar semula dan majlis perbandaran di Lembah Klang telah memperkenalkan sistem pengumpulan dan kitar semula dan menjangka mencapai 100,000 isi rumah menjelang 2022.

Sehingga hari ini, Nestle nampaknya telah mengembangkan kuantiti produk pengeluaran mereka yang menggunakan pembungkusan mampan iaitu pada semua produk sedia untuk diminum, serta pembungkusan kluster kertas MILO UHT 125ml.

Bergerak ke hadapan, Nestle turut dijangka akan memperluaskan inovasi ini ke seluruh rangkaian UHT pula.