Carian
Isu Penipuan Atas Talian Semakin Berleluasa
June 5, 2022 Arif Afeef

Internet merupakan sebuah jaringan yang mudah diakses oleh generasi pada masa kini selari dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Kita sering menggunakan Internet bagi pelbagai tujuan yang memudahkan pelbagai tujuan hidup seperti hubungi yang tersayang, melakukan urusan jual beli dan lain-lain lagi. Sudah tentu, perkara ini tidak menghalang penipu atas talian (scammers) untuk memandang pelantar ini sebagai sebuah peluang untuk menjadikan alam siber sebagai lubuk kekayaan haram mereka.

Seperti baru-baru ini, warga Twitter melaporkan bahawa mereka mendapat sebuah teks SMS daripada sebuah nombor peribadi yang mendakwa dirinya sebagai seseorang yang berjawatan besar dalam sebuah agensi kerajaan dan menawarkan pekerjaan yang mampu memberikan untung yang lumayan dan tidak maksud akal kepada mangsa.

https://twitter.com/mypoov/status/1530483774546649089

Dasyat! betul lah kata pepatah orang putih yang mengatakan; terlalu menarik untuk menjadi benar (Too good to be true).

Ada yang kata modus operandi ini berkemungkinan besar daripada negara sana (China) kerana pelayan laman web penipuan atas talian itu adalah milik Alibaba. Siapa sahaja yang tak kenal Alibaba? Syarikat besar China tu.

Bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana sebenarnya scam “MDEC” ini berfungsi, jangan segan menonton sebuah video tentang scam ini oleh Pendakwah Teknologi.


Baru-baru ini juga, Maybank mengeluarkan amaran tentang malware scam yang semakin parah dalam alam siber ini.


Langkah-Langkah Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Penipuan Siber

  1. ELAKKAN daripada memasang apa-apa aplikasi yang dimuat turun BUKAN DARIPADA Google Play Store terutamanya fail yang berformatkan (.apk). Penjenayah siber selalunya akan menghantar fail apk kepada anda melalui aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan Telegram.
  2. ELAKKAN daripada membuka sambungan URL yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali melalui perisian pemesejan. Perkara ini bukan sahaja menyelamatkan anda daripada laman web phishing. Namun, menyelamatkan anda juga daripada termuat turun fail yang tidak diingini.
  3. SENTIASA peka dengan isu semasa bagi mengenali jenis-jenis modus operandi penipuan siber yang sedang beroperasi di negara ini. Gunakan pelantar medan media seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini. (Ataupun nak guna Amanz pun boleh)
  4. MEMASTIKAN perisian peranti pintar anda seperti komputer dan telefon pintar anda dikemaskini dengan kerap.
  5. MEMASTIKAN anda memasang perisian anti-virus dan memasangnya setiap masa terutamanya pada komputer bagi mengelakkan virus komputer seperti hasad trojan memasuki komputer kita dan mengakses segala maklumat.
  6. MEMASTIKAN sambungan URL laman web adalah menggunakan protokol https:// dan mempunyai ejaan laman web yang betul seperti tajria.com dan bukannya tajr1a.com.
  7. PERHATIKAN jika laman web tersebut mempunyai perbezaan yang amat ketara daripada laman web yang anda sering akses. Sebagai contoh, saya pengguna bankA. Pada suatu hari, saya perasan bahawa laman web bankA tiba tiba menggunakan tulisan Times New Roman. Selalunya laman web bank ini menggunakan Arial. Oleh itu, elakkan daripada mengakses web tersebut dan memastikan sambungan URL-nya betul.
Komen