Gucci Beauty memperkenalkan dua wangian baharu yang diberi nama evokatif, Tears From The Moon dan Love At Your Darkest, akan menyertai koleksi wangian mewah The Alchemist’s Garden.
Bagi koleksi baharu untuk The Alchemist’s Garden kali ini, jenama mewah ini membawakan wangian Eaux de Parfum yang mana lebih tahan lama yang menggabungkan haruman nota yang licin, manis dan halus.
Terdapat beberapa kombinasi yang disyorkan untuk Tears from the Moon, salah satunya adalah minyak Ode on Melancholy untuk mencipta jejak dengan kemasan kayu yang bertenaga, lembut dan halus. Sementara The Alchemist’s Garden Love at your Darkest eau de parfum pula menyertakan wangian berkayu dan pedas yang merupakan gabungan 3 bahan iaitu lada hitam, kemenyan dan kayu Cedar sekaligus menghasilkan berkayu dan hangat.
Dari segi botol pembungkusan, kedua-dua wangian ini diinspirasikan oleh botol-botol yang terdapat pada rak kayu vintaj. Untuk Tears From The Moon dan Love At Your Darkest, kedua-duanya diisi dalam botol kaca putih bervarnis dan kemudiannya disertakan dengan corak dedaun emas sebagai hiasan.
Akhir sekali, kedua-dua minyak wangi ini dimasukkan ke dalam kotak putih dengan aksen emas yang dilengkapi bersama logo Gucci pada kedua-dua flacon.