Garnier Malaysia baru-baru ini telah mengadakan aktiviti pembersihan pantai di Pantai Remis, Kuala Selangor.

Perlaksanaan aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif alam sekitarnya di bawah komitmen Green Beauty. Pada tahun 2022, Garnier Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bekerjasama untuk menangani pencemaran plastik di negara ini dengan Pantai Remis sebagai pantai pertama daripada lima pantai di seluruh negara untuk aktiviti pembersihan pantai. 

Green Beauty adalah inisiatif global yang bertujuan untuk mengurangkan impak Garner terhadap alam sekitar secara menyeluruh menjelang 2025. Matlamat Garnier menerusi inisiatif ini adalah untuk:

  • Memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu
  • Menukar bungkusan untuk memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos
  • Memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025.
  • Memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan.

Di peringkat tempatan, Garnier Malaysia telah memulakan aktiviti pembersihan pantai. 80 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Garnier Malaysia, Watsons Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah hadir ketika pembersihan di Pantai Remis. Peserta berkumpul di Pantai Remis walaupun dalam cuaca hujan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai yang pertama kali diadakan ini.

Selain pembersihan pantai, Garnier turut akan menganjurkan bengkel pendidikan sekolah di seluruh negara untuk mendidik dan memupuk semangat Hero Hijau. Menerusinya, ia akan menggalakkan pelanggan mereka untuk bersama-sama membuat perubahan tentang keperluan menjaga kebersihan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Garnier Green Beauty, anda boleh layari laman rasmi Garnier atau ikuti akaun media sosial Garnier Malaysia di Facebook atau Instagram.