Sudahkah anda mencuba burger, nuget dan kepingan ayam (tenders) berasaskan tumbuhan di Texas Chicken Malaysia?

Jika belum, jangan ketinggalan untuk mengunjungi ke rangkaian Texas Chicken berdekatan anda dan mula memesan hidangan terbaru yang memfokuskan kepada penggunaan patti yang diproses menggunakan bahan dari tumbuh-tumbuhan.

Penawaran ini adalah selari dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada awal Jun yang lepas yang mana Texas Chicken pertama kali menampilkan set hidangan yang berasaskan tumbuhan kepada pelanggan.

Bagi anda yang berminat, ketiga-tiga hidangan ini boleh mula didapati hari ini di semua rangkaian fizikal Texas Chicken atau anda boleh dapatkan juga melalui pesanan atas-talian di ShopeeFood, FoodPanda dan juga GrabFood pada harga bermula RM10.75.