Kerana aku seorang pesakit depresi,
Hidup tapi seakan mati,
Bernyawa; hanya jasad yang tersisa,
Raga dalam kelam dalam sendu,
Senyum dalam topeng yang membisu,
Cakna akan mentari, namun tersesat mencari pintu hakiki,
Dia tidak memilih untuk berada dalam keadaan ini,
Hanyasanya, keadaan yang menekan. Atma yang lelah bungkam.
-asyikinamran | 9.56 am | 8 Jun 2022