Atome, jenama terkemuka Asia dalam konsep ‘bayar nanti, pakai lekas’ atau BNPL telah memperkenalkan acara fesyen terkemuka yang dilancarkan dalam tujuh pasaran termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina.

Ketika acara ini, Atome turut menjemput orang ramai termasuk generasi Milenial dan Gen Z, bersama kempen serantau terbarunya iaitu ‘Own Your Expression’ untuk memuatnaik ekspresi fesyen dan kecantikan mereka melalui platform media sosial, Instagram dan TikTok.

Kempen ini akan berlangsung selama sebulan iaitu sepanjang bulan Jun yang mana ia menampilkan penglibatan penggemar fesyen di Asia dalam mencipta, menggaya dan mengekspresikan diri mereka melalui fesyen dan kecantikan.

Untuk pengetahuan anda, lebih 1 juta penampilan atau gaya akan diperagakan di sepanjang 1,200 batu panjang “runway”. Ia kemudiannya akan diterbitkan di dalam bentuk majalah serta buku tinjau hibrid yang dinamakan Look-a-Zine.

Di dalamnya, ia akan mempamerkan kolaj yang dimuatnaik yang menampilkan gaya fesyen dan kecantikan paling unik dan asli. Apa yang menarik, tidak seperti majalah lain, ia mempamerkan cara orang Asia memperlihatkan diri mereka dan bukannya digayakan oleh profesional.