Bagi anda yang meminati Taco Bell, kini ia boleh mula dipesan melalui aplikasi penghantaran makanan Foodpanda.
Menerusi percubaan Tajria, setakat ini, pesanan hanya terhad dilakukan di rangkaian Taco Bell Setiawangsa, Bandar Sri Permaisuri dan Cyberjaya terlebih dahulu dan dijangka akan diperluaskan ke lebih banyak cawangan lagi pada masa hadapan.

Untuk yang tidak mengetahui penawaran Taco Bell, restoran makanan segera ini menyediakan pelbagai jenis taco, burito seperti Crunchy Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadilla, Grilled Stuft Burrito, Loaded Nachos dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk melakukan pesanan anda bermula hari ini iaitu dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam. Selain melakukan pesanan di FoodPanda, anda juga boleh mengunjungi ke rangkaian fizikal Taco Bell berdekatan anda.