Sekiranya anda merupakan penggemar siri Netflix Stranger Things, tahukah anda bahawa koleksi cenderamata (merchandise) untuknya kini boleh didapati terus pada laman atas-talian Netflix.Shop?
Bukan sekadar barangan seperti baju-t, topi dan alat tulis, siri Netflix ini turut menampilkan tawaran alat solek eksklusif dengan kolaborasi bersama MAC yang juga merupakan antara jenama antarabangsa yang cukup dikenali dalam kalangan penggemar solekan.
Untuk Stranger Things X MAC, ia menampilkan beberapa pilihan produk termasuklah:
- The Void Eye Pallette – RM220
- Hawkin Class of 1986 Eye Pallette – RM220
- Powder Blush Friends Don’t Lie – RM135
- Lipglass Skull Rock – RM105
- Lipglss Rockin Robin – RM105
- 217 Synthetic Eye Brush – RM150
- 140 Synthetic Face Brush – RM220
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua koleksi alat solek Stranger Things X MAC, kedai atas-talian Netflix.Shop ini menawarkan caj penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM440 dalam satu transaksi.