Masyarakat hari ini lebih cenderung bersikap terbuka sehinggakan tidak lagi mempedulikan perasaan orang keliling. Hal ini telah menyebabkan kita kelihatan seperti orang yang tidak bermoral atau sebagainya. Orang yang di ‘body shaming’ itu tidak ingin langsung diri mereka dikritik kerana mereka juga manusia biasa yang punyai hati dan perasaan. Cuba kalian bayangkan jika situasi mereka berbalik pada kita. Adakah kita sanggup menerimanya? ‘Body shaming’ ini juga mempunyai kesan negatif terhadap seseorang. Hal ini kerana ia menjadikan seseorang itu berasa rendah diri dan memberi kesan terhadap keyakinan mereka. Tidak semua orang berjiwa kental dan ia juga sangat cenderung kepada penyakit mental. Jika kita lihat di mana-mana platfom media sosial pasti akan ada di segelintir ruangan komen yang memberikan komen kurang menyenangkan dan itu telah memberikan impak yang besar ke atas mangsa.
Golongan muda seperti kanak-kanak masa kini amat merisaukan kerana mereka tidak tahu akibat daripada ‘body shaming’ ini, dan sesuka hati melemparkan kata-kata tidak sepatutnya terhadap orang lain. Kita sebagai ibu bapa atau orang dewasa harus memainkan peranan penting bagi memupuk anak-anak supaya menghormati antara satu sama lain. Bagi yang sudah dewasa pula kita haruslah berfikir dengan rasional sebelum melemparkan sesuatu kurang menyenangkan terhadap orang lain ini akan menjadikan golongan muda terikut-ikut dengan gaya kita.
Selain dari ‘body shaming’ kita seharusnya memberi kata semangat kepada mereka agar mereka mampu menaikkan semangat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Beri mereka peluang untuk mengubah diri dan memperbaiki diri. Hidup di zaman yang serba moden dan canggih seharusnya pemikiran kita juga perlu seiring dengan peredaran masa bukan lagi di takuk lama. Jadilah seorang yang positif supaya dapat mempengaruhi orang keliling tanpa ada sebarang kesan negatif.
