Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sedarkah anda bahawa setiap individu kini dilihat sudah mula memupuk jalinan hubungan yang lebih rapat lebih-lebih lagi tatkala pandemik melanda. Kehidupan susah dan senang menjadi jambatan untuk mereka sama-sama berganding bahu menyebarkan kebaikan.
Selari dengan itu, Cadbury Dairy Milk Malaysia kini melancarkan #CadburyHuggingBar, satu siri rekaan istimewa bar coklat seberat 160g yang bermatlamat untuk menginspirasi semua rakyat Malaysia untuk Rasakan Kelembutan Dalam Kebaikan.
Sepanjang kempen ini berlangsung, anda boleh memberikan satu Cadbury Dairy Milk Hugging Bar (160g) percuma kepada individu yang mereka ingini serta mengambil bahagian dalam Cabaran Dakapan (“The Hug Challenge”) di TikTok untuk merebut peluang memenangi bar coklat dan hadiah-hadiah eksklusif Cadbury.
Untuk menghantar satu #CadburyHuggingBar percuma, anda hanya perlu:
- Membeli sebarang dua produk Cadbury.
- Menghantar butiran dan bukti pembelian anda menerusi Whatsapp ke talian +601139687189.
- Menerima kod unik penebusan ganjaran Shopee untuk satu Cadbury Dairy Milk Hugging Bar (160g) percuma.
- Hantarkan Cadbury Dairy Milk Hugging Bar itu kepada sebarang individu yang anda ingini!
Cadbury Dairy Milk Malaysia komited untuk mendekati dan mewujudkan impak bermakna kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, jantina atau bangsa menerusi kempen ini. Walaupun demikian, kami memerlukan bantuan anda untuk menguar-uarkan perkara ini dan berkongsi kebaikan serta kemurahan hati anda di seluruh negara.
Menerusi usaha ini juga, 50 sen akan disalurkan ke badan-badan amal terpilih bagi setiap dua produk Cadbury yang terjual di rangkaian Lotus’s atau Mydin. Secara khusus, produk Cadbury yang terjual di Lotus’s akan disalurkan ke Food Aid Foundation, manakala di Mydin, ia akan memanfaatkan program Prihatin Mydin.
Selain itu, kempen Bendera Ungu (Purple Flag) turut diperkenalkan. Ia membolehkan rakyat Malaysia mengibarkan bendera berwarna ungu sebagai tanda keinginan mereka untuk menyumbangkan makanan dan barangan keperluan lain bagi manfaat golongan yang memerlukan.
Kempen Cadbury Dairy Milk Hugging Bar ini akan dijalankan sehingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut kempen ini, ikuti laman Facebook Cadbury Dairy Milk Malaysia di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.