Emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai, baik dijadikan sebagai perhiasan, pelaburan mahupun sebagai hadiah untuk yang tersayang.
Sudah sinonim bagi segelintir rakyat Malaysia, penggunaan emas dilihat sering menjadi topik di media massa dan media sosial yang mana ia sama ada menceritakan tentang kelebihan membelinya ataupun tips penjagaan yang mudah bagi mengekalkan kilauan emas untuk tempoh yang panjang.

Sebelum menceritakan tentang tips penjagaan emas, Tajria ingin berkongsi serba sedikit mengenai emas 999 atau turut dikenali sebagai emas puluh.
Apa Itu Emas 999?
Untuk pengetahuan anda, emas 999 ini mempunyai kandungan emas tulen 99.9% yang membuatkan ia mudah ditempa. Disebabkan sifat emas 999 yang lembut, ianya jarang dijadikan barangan kemas kerana rekaannya mudah bertukar bentuk dan senang kemek ataupun bengkok. Malah, emas ini juga tidak digalakan untuk menghasilkan rekaan cincin atau loket rantai yang bertatahkan berlian dan batu permata.
Oleh sebab itu, campuran aloi seperti perak, zink, kuprum dan nikel adalah sangat diperlukan bagi menambahkan ketahanan dan kekuatan barangan kemas. Hasilnya, anda boleh mendapatkan kualiti barang perhiasan emas yang lebih tahan laman selain turut boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna.

Dan daripada campuran aloi ini juga, ialah yang akan menentukan jenis emas seperti emas 999 (24K), 916 (22K), 750 (18K) dan 375 (9K). Di HABIB, terdapat pelbagai emas telah ditawarkan kepada umum termasuklah koleksi barangan kemas emas bermula dari 999 sehingga 375 dan juga jongkong emas 999 yang pelbagai berat bermula dari 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g sehingga 1kg yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).
Di samping itu juga, HABIB turut menampilkan koleksi terhad syiling wafer emas 999 seberat 0.2g dan koleksi Oro Italia 916. Mengenai keunikan koleksi Oro Italia 916 pula, ia bukan sahaja dihasilkan di negara Itali tetapi setiap rekaannya menggunakan hasil tangan dan mesin yang berteknologi tinggi.
Koleksi Oro Italia 916 ini juga dibuat dengan penuh ketelitian mengikut standard piawaian yang tinggi dengan rekaannya yang begitu kreatif dengan perlaksanaan proses yang lebih moden iaitu proses ‘cataphoresis lacquer’.

Menerusi proses ini, ia dilihat dapat mengubah warna emas pelbagai warna tanpa mengubah berat emas tersebut. Bagi yang tidak mengetahui, selain daripada emas kuning, putih dan merah jambu yang sering kita dapati di kedai, proses ini dapat menghasilkan emas berwarna merah, hijau, ungu dan biru dengan masih mengekalkan kualiti emas 916 ataupun 22 karat.
Lebih istimewanya, potongan berlian yang terdapat pada permukaan koleksi Oro Italia 916 ini menjadikan koleksi ini kelihatan seperti dihiasi dengan butiran berlian dan menyerlahkan lagi kilauan rekaannya.
Tips Penjagaan Barangan Kemas Agar Sentiasa Kelihatan Berkilau
Berikut adalah beberapa tips penjagaan barangan kemas agar sentiasa kelihatan berkilau yang boleh anda praktikkan:
- Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.
- Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauan.
- Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Anda boleh guna berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.
- Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.
Untuk maklumat lanjut mengenai barang kemas, anda boleh melayari laman rasmi HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di laman media sosial Instagram dan Facebook.