Carian
Jom Cuba Menu Baharu Dari Burger King Iaitu Kakiage Burger – Harga Bermula RM15.50
June 14, 2022 Lina Rosli

Pengumuman untuk penggemar hidangan tempura Jepun, Burger King hari ini telah melancarkan dua menu burger baru yang berasaskan tempura iaitu Kakiage Beef dan Kakiage Chicken.

Bagi yang tidak mengetahui, kakiage atau tempura adalah hidangan Jepun yang disediakan dengan cara mencelup adunan ke dalam tepung dan menggorengnya di dalam minyak yang panas. Kakiage kebiasaannya menggunakan makanan laut seperti udang ataupun sayur-sayuran yang dipotong mengikut saiz yang bersesuaian.

Bercerita mengenai Kakiage Burger pula, dengan adanya penawaran dua patti yang berbeza ini, nampaknya ia memberi peluang untuk penggemar daging lembu dan juga ayam untuk merasai pengalaman yang baharu menerusi kakiage yang dihidangkan bersama.

Berdasarkan poster promosi yang dikongsikan Burger King, Kakiage Burger ini hadir kakiage jenis sayur selain turut dilengkapi dengan sos Madu khas dan mayonis yang dituangkan di antara kepingan roti dan kakiage di dalam burger.

Bagi yang berminat, berikut adalah senarai harga siri Kakiage Burger yang ditawarkan sama ada melalui pembelian atas-talian ataupun terus di kedai fizikal:

  • Kakiage Beef – RM15.90 (Ala Carte)
  • Kakiage Beef – RM20.90 (Set Medium)
  • Kakiage Chicken – RM15.50 (Ala Carte)
  • Kakiage Chicken – RM20.50 (Set Medium)
Komen