Berdasarkan laporan dari Reuters, Revlon dikatakan telah menghadapi kekangan rantaian bekalan yang menjejaskan keupayaan mereka untuk memenuhi permintaan global dalam kalangan penggemar solekan.
Kesan daripadanya, Revlon kini menjana lebih daripada $3 bilion hutang jangka panjang sejak dari tahun 2020. Dan kini, jenama ini dilaporkan sedang berbincang dengan pemberi pinjaman untuk menganjakkan tarikh akhir pembayaran hutang ke masa yang lebih lanjut.
Di dalam perbincangan itu juga, Revlon dilihat perlu membayar hutang sebanyak $1.7B seawal September 2023 dan separuh yang lain akan dibayar menjelang 2024.

Untuk pengetahuan anda juga, jenama kosmetik ini turut ditetapkan untuk memfailkan bankrap bab 11 disebabkan oleh penangguhan jualan untuk tempoh yang lama. Isu ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh penurunan populariti Revlon di media sosial dalam bersaing dengan ratusan lagi jenama kosmetik tempatan dan dunia.

Selain daripada Revlon, terdapat beberapa lagi jenama kosmetik yang turut telah diklasifikasikan bankrap termasuklah Becca Cosmetics yang melabuhkan tirai perniagaan pada akhir tahun 2021 dan juga jenama kecantikan Perancis iaitu L’Occitane yang telah memfailkan perlindungan kebankrapan bab 11 pada Januari 2021. Pemfailan muflis ini adalah disebabkan oleh tunggakan $15 juta sewa yang dialami oleh perniagaan itu yang banyak didorong oleh wabak COVID-19.