Carian
Coway Malaysia Punyai 65% Pengguna Muslim – Telah Terima Pensijilan Halal Dari JAKIM
June 14, 2022 Lina Rosli

Isu mengenai sijil Halal ini bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Ini kerana dengan adanya pengiktirafan halal dari JAKIM, ia bukan sahaja menghilangkan kerungsingan dan was-was tentang sesuatu produk, tetapi juga turut menjamin kualiti mereka di tahap yang tertinggi.

Oleh sebab itu, Coway Malaysia dilihat berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pengalaman yang bermakna dan bermanfaat melalui semua produk Coway termasuk memenuhi keperluan 65% pengguna Muslim mereka.

Untuk pengetahuan anda, Coway Malaysia telah memulakan proses permohonan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2010 dan berjaya menjadi jenama penulen air antarabangsa pertama menerima Pensijilan Halal.

Tidak hanya terhad pada satu bahagian sahaja, pensijilan Halal yang diterima Coway adalah merangkumi semua bahagian produk termasuk penapis air dan tiub saluran bagi memastikan pelanggan Muslim mereka meyakini produk yang dipasarkan. 

Bagi mengurus dan menyelia proses permohonan yang rumit ini, Coway Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Halal dalaman yang terdiri daripada pakar-pakar yang ditugaskan untuk menangani semua perkara yang berkaitan Halal.

Jawatankuasa tersebut ditugaskan untuk mengendalikan segala aspek yang berkaitan dengan pemilihan bahan, pembelian alat ganti, pembuatan, penyimpanan dan sebagainya. Susulan itu, sebuah Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS) turut diperkenalkan untuk memastikan piawaian Halal JAKIM.

Sehingga kini, Jawatankuasa Halal Coway masih menjalankan tugasnya untuk menilai dan menguruskan operasi bagi memastikan piawaian Halal JAKIM dipenuhi dan dipatuhi. Coway Malaysia juga telah mengenal pasti Titik Kawalan Halal (HCP) untuk menjamin tiada potensi pencemaran silang dengan sebarang unsur tidak halal sepanjang aliran proses pembuatan.

Sementara di peringkat perolehan pula, Coway Malaysia turut mengenalpasti senarai bahan mentah dan pembekal sah Halal yang diluluskan. Dengan ini, para pelanggan tidak lagi perlu khuatir akan jaminan status halal Coway Malaysia kerana semua proses pengeluaran produk ini akan mendapat semakan terakhir untuk memastikan semua syarat-syarat halal dipenuhi sebelum penghantaran keluar produk ke gudang-gudang di Malaysia. 

Komen