MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Beroperasi – Sebanyak 12 Stesen Boleh Digunakan
June 16, 2022
Uncategorized
Lina Rosli
Bagi anda yang sedia menggunakan pengangkutan awam sebagai medium perjalanan dari rumah ke tempat kerja, tahukah anda bahawa laluan MRT Putrajaya Fasa 1 akan mula beroperasi iaitu 16 Jun 2022 pada jam 3 petang.

Menerusi peta laluan yang dikongsikan MRT, sebanyak 12 stesen sudah boleh digunakan iaitu:
- Kwasa Damansara
- Kampung Selamat
- Sungai Buloh
- Damansara Damai
- Sri Damansara Barat
- Sri Damansara Sentral
- Sri Damansara Timur
- Metro Prima
- Kepong Baru
- Jinjang
- Sri Delima
- Kampung Batu.
Bagi stesen yang lain, ia dijangka akan dibuka sepenuhnya ketika fasa 2 kelak iaitu seawal Januari 2023 yang mana selepas ini, laluan tersebut akan yang menghubungkan perjalanan dari Kampung Batu ke Putrajaya.