Carian
CLEADOC, Neogenix Perkenalkan V-PCR – Perlaksanaan Ujian PCR Secara Maya
June 15, 2022 Lina Rosli

Selari dengan peralihan Malaysia ke arah fasa endemik, rata-rata individu sudah mula menjalani kehidupan yang hampir normal.

Namun, amalan penjagaan diri masih lagi penting lebih-lebih lagi perlaksanaan ujian COVID-19 sekiranya anda menghadapi sebarang gejala yang berisiko. Dalam misi untuk menjadikan proses menjalani ujian COVID-19 lebih mudah dan pantas, CLEADOC, syarikat pemula teknologi perubatan tempatan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Neogenix, untuk memperkenalkan cara ujian yang lebih selamat iaitu ujian PCR Maya (V-PCR).

Melalui V-PCR, pengguna CLEADOC boleh menjalankan ujian COVID-19 dengan nilai ketepatan ujian tertinggi dari rumah atau pejabat mereka sendiri. Pengguna hanya perlu mendaftar pada aplikasi CLEADOC untuk membeli slot mereka untuk V-PCR dari 9:00 pagi hingga 9:00 malam pada setiap hari.

Selepas pengesahan, rakan penghantar CLEADOC akan menghantar kit ujian V-PCR ke lokasi yang ditetapkan pengguna berdasarkan slot masa pilihan mereka. Setelah menerima kit PCR, pengguna boleh segera melakukan ujian dengan menggunakan aplikasi CLEADOC sementara rakan penghantar menunggu pengumpulan sampel dikembalikan untuk dihantar terus kepada makmal Neogenix bagi tujuan analisis.

Untuk pengetahuan anda, hasil ujian akan diterima dalam tempoh 24 jam. Setakat ini, perkhidmatan V-PCR hanya terhad di kawasan Lembah Klang. Walau bagaimanapun, pada masa hadapan, CLEADOC akan diperluaskan ke bandar di seluruh negara

Untuk maklumat lanjut tentang CLEADOC dan pelancaran produknya, anda boleh layari laman rasmi mereka di www.cleadoc.com.

Muat turun aplikasi CLEADOC

Komen