Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Laut Sedunia baru-baru ini, Persatuan Benih Hijau dengan kerjasama para belia tempatan dari Kampung Nelayan Bagan Sungai Besar akan menganjurkan Pesta Laut Sedunia pada 26 Jun 2022 di Dewan Serbaguna MPKK, Bagan Sungai Besar.
Acara tahun ini hadir dengan tema Kemampanan Alam Sekitar, Kelestarian Lautan yang mana melaluinya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan alam sekitar boleh dinikmati seisi keluarga.

Untuk pengetahuan anda, perlaksanaan Pesta Laut Sedunia ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman serius daripada pemanasan global dan pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan. Isu-isu kritikal ini tidak boleh diabaikan kerana ianya boleh menjejaskan persekitaran hidup pada masa depan.
Selain itu, komuniti tempatan juga boleh belajar bersama-sama penganjur tentang cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan menambah baik kebersihan persekitaran.

Bagi anda yang ingin berminat untuk menyertai pesta ini, anda boleh melakukan pra-pendaftaran untuk menyertai Kampung Nelayan Fun Walk di laman web rasmi mereka. Harus diingatkan, aktiviti ini terhad kepada 100 peserta sahaja. Anda juga perlu membayar yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50 seorang yang mana anda turut akan mendapat baju jersi sukan, lencana penyertaan dan cenderahati.