Tidak lagi hanya memfokuskan kepada penawaran sekitar Lembah Klang sahaja, GoCar Garage kini mula memenuhi permintaan servis yang kian meningkat di 3 buah lokasi baharu iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka.
Pengembangan itu hadir menerusi satu siri kerjasama strategik dengan bengkel-bengkel sah dan bebas dikenali sebagai Garage. Sebanyak 20 rakan Garage yang telah menyertai platform GoCar Garage dan jumlah ini dijangka akan bertambah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Dengan adanya, GoCar Garage di beberapa lokasi yang lain, ia menjadikan perkhidmatan ini lebih mudah diakses selain membantu pengguna mendapatkan bantuan yang menyeluruh dengan struktur harga yang mampu milik bagi pelbagai jenis servis sama untuk model kereta penumpang jenama tempatan, Asia atau continental.
Hanya menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh memilih pakej servis kenderaan dan jadual yang mereka mahukan dengan mudah. Selain itu, mereka turut boleh mengesahkan temu janji servis dan membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Untuk pengetahuan anda lagi, sempena perluasan lokasi ini, GoCar Garage akan menjalankan satu kempen promosi bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2022. Bagi yang berminat untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu membeli satu daripada tiga pakej servis GoCar Garage pada harga runcit pada temu janji servis pertama mereka dan nikmati penjimatan sebanyak 50 peratus ke atas pakej minyak enjin yang sama pada servis kedua dan ketiga.
Pelanggan mempunyai tempoh selama setahun dari tarikh kod promo dikeluarkan untuk menebus tawaran promosi bagi servis kedua dan ketiga mereka.

Berikut adalah promosi yang ditawarkan:
Pakej Minyak Enjin | Harga runcit (Servis pertama) | Penjimatan (Servis kedua) | Penjimatan (Servis ketiga) |
Sintetik penuh | RM198.00 | RM99 .00 | RM99.00 |
Semi sintetik | RM128.00 | RM64.00 | RM64.00 |
Minyak mineral | RM98.00 | RM49.00 | RM49.00 |
Di samping penukaran minyak secara berkala, GoCar Garage turut menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan dan penukaran laian seperti:
- Tayar
- Brek
- Bateri
- Penyaman udara
- Sistem mekanikal dan elektrikal
- Perkhidmatan bukan pembaikan seperti talaan prestasi, tinted, perincian dan coating cat
Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage berhampiran anda di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka serta menempah temu janji servis download aplikasi mudah alih GoCar dan klik pada “Car Repair and Maintenance”.