Tidak dinafikan bahawa selain dari wajah, bibir juga memerlukan penjagaan yang baik dan sempurna bagi memelihara kelembapan dan kesihatan bibir. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai masalah bibir kering, makanya penggunaan produk penjagaan bersesuaian adalah sangat digalakkan untuk digunakan sama ada sebelum dan selepas tidur.
Antara rutin penting yang tidak boleh anda tinggalkan merangkumi rutin penjagaan bibir dengan cara memakai perapi dan juga minyak bibir mengikut kesesuaian waktu.

Untuk pengetahuan anda, perapi bibir merupakan barisan pertahanan bibir yang pertama kerana ia berfungsi dalam mengunci kelembapan dan dalam pada masa yang sama menjadikan tekstur bibir lebih segar dan tidak merekah.
Sementara minyak bibir pula bertindak sebagai agen penghidratan yang menguatkan dan menyokong fungsi perapi bibir agar menjadi lebih lembut dan gebu.

Menerusi Cherry Treat Conditioning dan Cherry Lip Oil dari Fenty Skin, ia membawakan khasiat dan kelebihan dari kompleks tiga buah ceri iaitu minyak biji ceri manis, ceri Barbados dan ekstrak ceri liar yang bukan sahaja membantu menyuburkan bibir tetrapi juga meratakan dan melicinkan secara mendalam.
Manakala kehadiran minyak biji jojoba dan buah rosehip pula membantu mengunci kelembapan dan menenangkan keradangan sewaktu cuaca melampau.
Bagi anda yang berminat, Fenty Skin Cherry Treat Conditioning dan Strengthening Lip Oil boleh didapatkan pada harga RM110 di kedai atas-talian dan kedai fizikal Sephora.