Jangan ketinggalan untuk mendapatkan secawan Slurpee 12oz kegemaran anda pada harga 70 sen sahaja di semua rangkaian 7-Eleven di seluruh Malaysia.

Untuk menikmatinya, anda hanya perlu membeli baucar Slurpee RM0.01 di Shopee dan kemudian tebusnya di kedai fizikal 7-Eleven yang menyokong ShopeePay berdekatan anda. Bagi yang berminat, baucar ini terhad untuk 1 kali penebusan sahaja pada setiap minggu.

Harus diingatkan juga, sekiranya anda telah membeli baucar Slurpee ini, tempoh sah penebusan adalah sehingga 3 hari selepas pembayaran dilaksanakan.

Bagaimana Untuk Menebus?

Tebus Baucar Shopee: 7-Eleven Slurpee 12oz

Untuk menebus baucar eksklusif Shopee ini, layari aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Me, pilih Deals, Top Up & Bill dan klik kategori Food. Kemudian, klik beli sekarang dan tebus baucar anda di kedai 7-Eleven berdekatan.

Akhir sekali, pamerkan baucar pembelian Shopee anda di kaunter untuk mendapatkan secawan Slurpee kesukaan anda.