Jenama sukan dan gaya hidup terkemuka, SKECHERS Malaysia telah melancarkan rangkaian Foamies baharunya yang merangkumi siri sandal gaya slip-on popularnya untuk menawarkan keselesaan terbaik dalam gaya berwarna-warni.
Menerusi pengenalan koleksi ini, Skechers dilihat memfokuskan kepada golongan atau individu yang mementingkan sepasang kasut yang ringan dan bergaya untuk dipakai di mana-mana sahaja, terutamanya kepada kawasan yang basah seperti di kolam renang, pantai, ataupun sewaktu pelayaran.
Dengan pilihan yang variasi iatu lebih daripada 20 item yang ditampilkan dengan pelbagai warna yang terang dan ceria. Koleksi ini juga boleh dikatakan alternatif yang baik untuk para pengguna mendapatkan selipar harian yang mudah dan bergaya tanpa menjejas keselesaan.
Bagi koleksi Foamies ini juga, SKECHERS telah hadir dengan rekaan yang kalis air dan tapak yang stabil untuk pelbagai aktiviti untuk lapisan umur termasuk kanak-kanak, wanita dan lelaki dewasa.
Usah risau harga yang ditawarkan juga berbaloi iaitu sekitar RM219 sepasang.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kesemua koleksi Skechers Foamies ini, anda boleh mula mendapatkannya bermula hari ini di rangkaian fizikal Skechers berdekatan anda atau pesan item kegemaran anda secara atas-talian di paman rasmi Skechers, Shopee dan Lazada.