Pada 24 Jun 2022 ini, IKEA dilihat hadir dengan penawaran bufet kepada orang ramai yang mana anda semua boleh menikmati menu eksklusif IKEA beramai-ramai.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi IKEA, tawaran harga untuk pelanggan yang berminat adalah cukup berbaloi iaitu:

  • Dewasa – RM39.90
  • Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun – RM19.90
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun – Percuma

Harus diingatkan bahawa barisan untuk memasuki ke dalam restoran akan ditutup 15 minit sebelum selepas jam 6 petang yang mana ia memerlukan anda untuk tiba lebih awal bagi memudahkan penyediaan hidangan di setiap meja.

Menarik bukan? Untuk menikmati bufet Midsummer Buffet Dinner ini, anda boleh mendapatkan atau menempah tiket di kaunter IKEA Restaurant atau Swedish Food Market yang terdapat di setiap rangkaian IKEA berdekatan anda.

Bagi setiap pembelian tiket dewasa, IKEA juga menawarkan baucar RM10 secara percuma kepada pelanggan yang mana ia boleh digunakan untuk sebarang pembelian di gedung IKEA.