Selepas penat bekerja selama seminggu di pejabat, tiba masanya untuk anda isi waktu hujung minggu anda dengan keindahan budaya Sabah dan Sarawak menerusi Karnival Amazing Borneo yang dianjurkan di Intermark Mall.

Aktiviti ini adalah kerjasama antara Intermark Mall bersama Borneo Street KL dalam mempamerkan keunikan budaya masyarakat Borneo melalui pakaian suku kaum asli, alat muzik, kraftangan dan juga makanan yang menawan.
Melaluinya, ia bukan sahaja membantu mempromosikan barangan Borneo tetapi juga dapat memelihara budaya asli Malaysia Timur sempena permulaan musim baharu selepas perayaan menuai Gawai pada bulan Jun ini.

Selain daripada pameran barangan, terdapat juga aktiviti lain turut dianjurkan termasuk bengkel pendidikan yang menyeronokkan, persembahan kebudayaan dan gerai kraftangan di Galeri Amazing Borneo di tingkat bawah Intermark Mall.

Bagi anda yang ingin mengunjungi ke karnival Borneo Artisan Fair by Aisha pula, ia terletak di tingkat 1 untuk pilihan kraf tradisional dan keperluan musim panas yang meriah seperti bakul tenun rotan dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi ke karnival Borneo ini dan lakukan juga pembelian minima RM250 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus kantung alat tulis cetakan Borneo atau baucar F&B eksklusif di Meja Khidmat Pelanggan Intermark Mall.