Penggunaan span basuh pinggan sebagai alatan membersih adalah sangat tinggi dalam kalangan individu atau isi rumah. Hal ini kerana, ia bukan sahaja berupaya untuk membersihkan pinggan mangkuk dengan mudah tetapi juga memerlukan kos yang rendah untuk menukar dari span lama kepada yang baharu.

Namun, tahukah anda bahawa disebabkan span ini mengambil masa yang lama untuk kering, maka ia dikatakan lebih cenderung untuk menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus menjadikan ia sebagai salah satu faktor yang menyebabkan risiko salmonella dalam kalangan ahli rumah.

Berdasarkan penyelidikan di sebuah universiti yang terletak di Norway, Salmonella dan bakteria lain dilihat akan tumbuh dan bertahan lebih baik dalam span berbanding berus disebabkan oleh tekstur span yang menyerap lembapan.

Tahukah anda bahawa satu span boleh menampung bilangan bakteria yang lebih tinggi daripada yang ada di bumi? Hal ini kerana setelah anda membersihkan kotoran dan sisa makanan, ia akan terkumpul di dalam span dan berupaya memindahkan bakteria tersebut pada cucian yang seterusnya sekaligus membawa kepada pertumbuhan pesat bakteria.

Apa yang paling mengejutkan penyelidik tentang penemuan mereka ialah, tidak kisah bagaimana dan berapa kerap individu membersihkan span mereka, pertumbuhan bakteria tetap akan berlaku selagi ia tidak diganti setiap hari.

Sumber: Science Direct