Selari dengan lonjakan kos makanan di seluruh dunia dan kekurangan ayam semasa di Malaysia, ia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada tabiat pembelian pengguna selain turut mendorong restoran dan peruncit untuk mendapatkan variasi pilihan makanan alternatif untuk pengguna.

Selari dengan permintaan yang tinggi untuk alternatif bahan mentah, nampaknya Phuture tidak ketinggalan dalam memperluaskan penawaran produk berasaskan tumbuhan kepada pasaran yang lebih luas.

Diasaskan pada 2018, Jack Yap dan Lim Jin Yin, visi Phuture adalah untuk menangani isu global yang semakin meningkat melalui pembuatan produk berasaskan tumbuhan yang berkhasiat dan lazat di kilangnya yang terletak di Klang, Selangor.

Jenama ini menghasilkan produk protein menggunakan tumbuhan selain turut menampilkan gentian tekstur dan rasa yang hampir menyerupai daging. Kejayaan ini dapat dicapai melalui campuran protein tumbuhan, karbohidrat, lemak, warna dan perasa semula jadi dan penggunaan pemprosesan haba.

Setakat ini, penawaran produk dari Phuture telah banyak ditawarkan oleh beberapa restoran makanan di seluruh Malaysia termasyk KyoChon, Grand Hyatt, dan yang terbaharu kedai Serbaneka No 1 Korea, CU Malaysia, yang merupakan rakan kongsi rangkaian myNEWS.com yang terkenal.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke CU Malaysia, jangan ketinggalan untuk mencuba ayam goreng Korea rangup berasaskan tumbuhan. Ia merupakan kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menawarkan ayam goreng Korea rangup berasaskan tumbuhan pada harga RM8.99 setiap hidangan.

Selepas ini, Phuture dijangka akan memperluaskan lagi operasi mereka kepada lebih 25 pelanggan utama lain termasuk hotel, rangkaian restoran terkemuka, katerer dan penyedia F&B. Beberapa nama terkenal termasuk Hotel Berjaya Times Square, La Juiceria Superfoods, ZUS Coffee, Salad Atelier, Sala KL, Fowlboys, M’Laboori by Murni Discovery, Mori Kohi dan lain-lain.

Mereka juga dilihat akan mengembangkan pangkalan Halalnya dengan sub-jenama Phuture Daging dalam masa terdekat. Hal ini kerana, daging berasaskan tumbuhan sebelum ini tidak popular di Malaysia tetapi selain memerlukan kajian yang terperinci untuk menyesuaikan produk mengikut keutamaan pelanggan B2B Phuture.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Phuture untuk rumah anda, dapatkannya bermula hari inidi kedai-kedai seperti AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Vegan District, Ngo Grocer, The Panas Grocer, Groove Grocer dan Phuture Shopee.