Jenama fesyen UNIQLO kini hadir dengan koleksi PEACE FOR ALL kepada umum. Untuk pengetahuan anda, koleksi ini merupakan komitmen berterusan daripada UNIQLO dalam menyokong usaha kelestarian di seluruh dunia dengan menggunakan UT (baju-T UNIQLO).

Dijalankan dengan kerjasama individu dalam bidang seni, reka bentuk, kesusasteraan, sains dan sukan, PEACE FOR ALL menyasar untuk mengumpul dana dengan menjual baju-T dengan reka bentuk yang menyatakan keinginan untuk keamanan.

Daripada jualan yang dilaksanakan, UNIQLO Fast Retailing Co., Ltd. akan menderma semua keuntungan daripada jualan tidak kurang daripada 20% daripada harga jualan setiap baju, sama rata antara tiga organisasi antarabangsa, UNHCR, Plan International dan Save the Children. Hasilnya, ia tidak hanya membantu mereka menangani kemiskinan tetapi juga diskriminasi, keganasan, konflik dan bencana alam.

UT PEACE FOR ALL ialah inisiatif LifeWear baharu yang bertujuan membantu mereka yang terjejas akibat konflik dan peperangan serta membantu menyebarkan mesej keamanan ke seluruh dunia. Menurut UNIQLO, koleksi ini hadir sebagai medium untuk menyampaikan mesej.

Apa yang menarik mengenai koleksi ini, ia direka khas oleh hampir 16 pereka terkemuka termasuklah Tadao Ando, Ines De La Fressange, Haruki Murakami, Kashiwa Sato, Shinya Yamanaka, Jonathan William Anderson, Ayumu Hirano, Rei Inamoto, Kosuke Kawamura, Shingo Kunieda, Christophe Lemaire, Kei Nishikori, Gordon Reid, Adam Scott dan Hana Tajima.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, kesemua baju UT di dalam koleksi ini ditawarkan pada harga RM59.90 sehelai. Anda boleh dapatkannya sama ada di rangkaian fizikal UNIQLO berdekatan anda atau pesan hari ini di laman rasmi UNIQLO menggunakan ciri Order & Collect.