Tidak hanya tertumpu kepada perisa mi segera yang klasik seperti kari, ayam dan lain-lain, kini Maggi telah memperluaskan variasi hidangan mereka dengan menambah pilihan rasa yang lebih dekat dengan citarasa rakyat Malaysia iaiatu Maggi Udang Pedas Utara dan Maggi Tom Yam Kaw.

Melalui penawaran rasa yang lebih mengingatkan anda kepada nostalgia lama, Maggi Udang Pedas Utara dan Tom Yam Kaw membawakan gabungan ramuan dan rempah ratus yang terbaik untuk menghasilkan rasa pes yang lazat.

Selain itu juga, untuk hidangan ini juga, Maggi menampilkan mi segera yang diadun daripada gandum Australia. Dengan menggunakan mi ini, ia dapat membekalkan nutrien yang baik kepada pengguna serta memberikan kandungan karbohidrat kompleks, protein, serat, zat besi, magnesium dan zink yang mencukupi.

agi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua hidangan ini di kedai atas-talian Shopee, Lazada dan Qoo10 bermula hari ini!