Tahukah anda bahawa di Malaysia, terdapat kira-kira 50 buah penjara termasuk penjara satelit telah dibina dan dibuka di seluruh negara? Menurut data di Jabatan penjara Malaysia, 29 buah penjara dan Pusat Koreksional terletak di Semenanjung Malaysia, sementara 13 buah lagi dibina di Sabah dan Sarawak.
Namun, kini bagi kebanyakan penjara telah mengalami isu yang mana rata-ratanya dilihat telah mula melebihi kapasiti yang sepatutnya iaitu sehingga 70,000 orang banduan pada tahun 2022 berbanding 62,000 pada tahun sebelumnya.

Antara penjara yang mengalami kepadatan banduan adalah Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang dengan jumlah banduan melebihi 6,000 berbanding kapasiti sebenar iaitu hanya 3,000 orang.
Oleh itu, dalam laporan Bernama, kerajaan kini merancang untuk membuka sebuah penjara terbesar dan moden di Malaysia menjelang tahun 2027. Penjara tersebut dikatakan akan dibina di daerah Ketereh negeri Kelantan yang mana berupaya memuatkan sekitar 3000 banduan di dalamnya.
Dengan adanya pembangunan penjara baharu, ia bukan sahaja membantu mengurangkan kepadatan banduan di Zon Timur, tetapi juga memberikan fasiliti yang lebih baik untuk kedua-dua pihak termasuk penghuni dan juga pihak penjara.
Bagi yang tidak mengetahui, Kelantan telahpun mempunyai sebuah penjara yang terletak di Pengkala Chepa dan juga sebuah Pusat Koreksional Machang.
Sumber: Bernama