Bagi anda yang menggemari penawaran pastri dan roti yang ditampilkan di kedai roti La Boheme di pasaraya AEON, sudahkah anda mencuba sajian istimewa mereka dengan kerjasama Nestle Kit Kat?
Untuk pengetahuan anda, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) bersama dengan KitKat telah membawakan pelbagai pilihan produk pastri yang berasaskan coklat yang boleh didapatkan di semua rangkaian La Boheme yang terdapat di AEON Co. dan AEON BiG di seluruh negara.
Dengan kerjasama ini, ia dijangka dapat menarik lebih ramai individu dalam menikmati sajian pastri, roti dan kek di AEON di samping memenuhi permintaan pelanggan dalam mendapatkan hidangan yang lazat dan berkualiti di sepanjang masa.
Sekiranya anda ingin mencuba pastri istimewa AEON x KitKat ini, terdapat 5 hidangan yang telah diperkenalkan iaitu:
- Nutty Donut
- Polkadot Donut
- Matcha Croissant
- Supreme Muffin
- Cheesy Loaf
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan dan menikmati kesemua produk kolaborasi antara AEON x KitKat ini bermula hari ini!