Tahun ini, nampaknya jenama beg tangan terkemuka dari Carlo Rino telah bekerjasama dengan Warner Brothers dalam menampilkan koleksi edisi terhad iaitu Carlo Rino Looney Tunes.

Melalui kolaborasi bersama ini, ia menampilkan koleksi gaya jalanan yang disesuaikan dengan citarasa moden di samping menampilkan watak ikonik daripada animasi Looney Tunes yang digemari seperti Bugs Bunny, Daffy Duck dan Tweety Bird.

Bagi anda yang meminati koleksi ini, rekaan eksklusif ini ditampilkan dalam rupa bentuk beg tangan, dompet selain turut membawakan baju-T bersaiz besar. Bercerita lebih lanjut mengenai beg, Carlo Rino X Looney Tunes membawakan 4 pilihan rekaan beg yang versatile iaitu:

  • Beg Modular Crossbody
  • Beg Modular Bowler
  • Beg Crossbody
  • Bumbag

Di setiap rekaan beg, ia menampilkan logo Looney Tunes dan dilengkapi dengan ungkapan ikonik Bugs Bunny, “What’s up Doc?” dalam bentuk monogram unik. Menambah seri pada rekaannya adalah aksen metalik emas Carlo Rino yang menonjolkan sifat kewanitaan dan minimalis.

Menurut Carlo Rino, penawaran koleksi ini berfungsi untuk membantu individu kekal bergaya sambil memastikan almari pakaian anda sentiasa bergaya. Untuk mendapatkan Carlo Rino X Looney Tunes edisi terhad ini boleh didapati di www.carlorino.net dan di kedai di butik Carlo Rino pada harga sekitar RM79 sehingga RM619 sepasang.