Disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang baharu yang dilakukan di Amerika Syarikat, industri kapas di China dilihat telah terjejas akibat daripada sekatan penggunaan kapas keluaran Xinjiang.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20% daripada kapas dunia adalah berasal daripada China dan 84% daripadanya merupakan kapas yang dihasilkan di Xinjiang.

Oleh itu, apabila adanya undang-undang baharu yang berkuat kuasa, ia telah memberikan pihak berkuasa sempadan AS akan kuasa yang lebih besar untuk menyekat atau merampas barangan yang dikaitkan dengan buruh paksa di China yang telah berlaku sejak dari April 2017.

Menurut Kongres AS, China telah menahan lebih sejuta individu dari Uyghur dan minoriti Islam lain di Xinjiang dan mereka dipercayai telah bekerja dengan kadar upah yang kecil daripada gaji minimum atau tanpa sebarang pampasan.

Jadinya, melalui Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA), yang berkuat kuasa telah digunapakai waktu ini, mana-mana produk yang sama ada sebahagian atau keseluruhannya dieksport ke AS mempunyai syarat yang mana jenama perlu memberikan pensijilan atau butiran rantaian bekalan yang mencukupi sebelum dibawa masuk ke negara berkenaan.

Kesan daripada sekatan ini juga, industri kapas di China telah mengalami lambakan kapas yang tidak terjual. Menurut laporan SCMP, lebih separuh daripada kapas yang dituai pada musim luruh lalu masih belum dijual.

Dahulunya, kapas yang dihasilkan di Xinjiang pernah menjadi kapas paling mahal di dunia. Kini ia telah menjadi yang paling murah, dan masih tiada siapa yang membelinya.

Sumber: BBC