Tajria adalah sebuah laman perkongsian yang membawakan topik darpada variasi aspek kehidupan. Antara topik yang dibincangkan termasuk resepi, kecantikan, kesihatan, motivasi, fesyen, gaya hidup, automotif dan keluarga yang sesuai dengan peredaran dunia dan topik semasa.
Di Tajria, orang ramai boleh berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman dengan menjadikan platform ini sebagai satu medium untuk anda berkarya dan berkongsi pendapat. Tidak hanya itu, misi Tajria juga adalah untuk menjadikan laman ini sebagai satu platform untuk menyampaikan maklumat secara menyeluruh.
Bagaimana Untuk Mula Menulis?
Langkah 1: Daftar Dan Cipta Akaun Di Amanz.me
Pergi ke halaman utama tajria dan mula mendaftar. Klik pada butang ‘Daftar Akaun‘ dan cipta akaun baru jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini.
Sekiranya anda telah mempunyai akaun Amanz.me, anda boleh terus log masuk dan mula karang idea anda di Tajria.
Langkah 2: Klik ‘New’ Atau Mula Tulis
Selepas mendaftar, anda boleh mula menulis dengan klik ‘New’ di panel dashboard bahagian atas skrin atau anda boleh hanya klik ‘Tulis‘ di halaman utama Tajria.
Kemudian, tulis topik kegemaran anda dan terus kongsikan bersama pembaca tajria.
Langkah 3: Menetapkan Featured Image Dan Tags Untuk Artikel
Selepas selesai menulis, pergi ke panel bahagian kanan dan klik ‘Post‘. Di sini anda boleh menetapkan gambar untuk artikel sebelum kongsikannya kepada umum.
Untuk menetapkan Featured Image untuk artikel yang ditulis, anda boleh klik kotak ‘Set featured image‘ pada panel bahagian kanan dashboard dan pilih gambar yang anda inginkan.
Seterusnya, tetapkan Tags untuk artikel yang anda tulis. Pastikan anda menyemak segala maklumat yang ditulis sebelum Publish.
________________________________________________________________________
Mudah bukan? Dengan ini, anda dapat mengarang dan menceritakan pengalaman anda mengenai tips dan idea yang anda ketahui dengan lebih efisien di dalam artikel anda bersama kami.
Artikel anda akan diterbitkan di laman Tajria. Anda juga boleh membaca idea dan artikel pengarang lain. Selamat mencuba!