Setelah kejayaan penawaran koleksi Naelofar X Disney The Little Mermaid pada awal tahun 2022, jenama muslimah ini dilihat bakal mempersembahkan sebuah lagi koleksi baharu bersama Disney menerusi karakter Alice in Wonderland pada 23 Jun 2022.

Untuk Disney x Naelofar Alice in Wonderland, ia dijangka hadir dengan variasi lagi produk yang memfokuskan kepada gaya hidup termasuklah tudung, beg tangan dan cawan. Bagi setiap produk yang ditawarkan, ia hadir dengan rekaan eksklusif siluet Alice yang digabungkan bersama unsur-unsur yang terdapat dalam filem itu sendiri seperti reben yang mewakili laluan penghubung Wonderland.

Bukan itu sahaja, untuk semua koleksi ini juga ia didatangkan bersama dengan pilihan warna yang cukup menarik yang boleh disesuaikan dengan gaya harian anda.

Untuk mendapatkannya, jangan ketinggalan untuk terus mengikuti perkongsian dari akaun media sosial Naelofar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran untuk koleksi Disney x Naelofar Alice in Wonderland.