McDonald’s kini hadir dengan gabungan terbaru untuk burger mereka yang menampilkan citarasa tempatan iaitu Spicy Kam Heong Burger. Untuk siri kali ini, ia ditawarkan dalam dua pilihan iaitu filet ikan dan juga kepingan ayam.
Berdasarkan perkongsian McD Malaysia, penawaran burger ini adalah selari dengan minat masyarakat tempatan kerana ia hadir dengan sos istimewa yang disediakan menggunakan rempah ratus kegemaran rakyat Malaysia.
Untuk setiap hidangan Spicy Kam Heong Burger, ia didatangkan dengan bawang goreng yang dipanggang, lada benggala segar dan dilimpahi dengan sos Kam Heong yang berempah.

Bersama-sama dengan burger ini juga, McDonald’s turut membawakan kepada anda sos untuk nuget yang baharu iaitu French Cheese.
Bagi yang berminat, nikmati Spicy Kam Heong Burger pada harga bermula RM12.92. Anda juga boleh mendapatkan sajian yang lain seperti:
- Spicy Kam Heong Burger Meal (Ayam/Ikan)- RM14.34
- Double Spicy Kam Heong Burger Meal (Ayam/Ikan)- RM18.11
Sekiranya anda ingin mendapatkan McNugget dengan French Cheese pada harga RM5.66. Anda boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!