Penyanyi Billie Eilish mengumumkan akan membuat jelajah konsert ke beberapa bandar utama Asia dalam masa terdekat ini. Pengumuman yang dibuat melalui laman sesawang rasmi beliau beberapa jam lepas menyenaraikan beberapa lokasi untuk konsert Konsert Happier Than Ever The World Tour 2022, iaitu Manila, Seoul, Kuala Lumpur, Singapore, Bangkok dan Tokyo. Ini adalah susulan kepada jelajah Eropah beliau yang bakal berakhir pada 2 Julai nanti.

Peminat-peminat Billie Eilish semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri konsert ini kerana ini julung-julung kalinya pemenang Grammy 2020 untuk album terbaik dan album pop vokal terbaik bagi album debut beliau When We All Fall Asleep, Where Do We Go? akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.

Konsert di Malaysia akan mengambil tempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Ogos 2022 nanti. Tiket akan mula dijual pada 24 Julai 2022 dengan harga bermula daripada RM308. Tempahan tiket boleh dibuat di sini.